
Melengkapi yang macam mana?
Dalam kelas ni, kami belajar bagaimana nak mengendali psikologi pesakit dari sudut "biopsychosocial approach"- gabungjalin psikologi, biologi dan sosial.
Bukan bagi ubat untuk makan dan sembuhkan penyakit. Tapi lebih melihat kepada tahap psikologi pesakit dalam menghadapi keadaan diri. Tahap 'selff esteem'nya, proses taakulnya, bagaimana dia melihat penyakitnya itu, strees kah dia?
--------
Betul bidalan ini berbunyi : BADAN YANG SIHAT DARI MINDA YANG SIHAT (dan sebaliknya)
Psikologi Kesihatan percaya bahawa, bagaimana kita berfikir itu (paras kesihatan minda) boleh mengawal atau memberi kesan kepada kesihatan fizikal kita bertindak.
Contohnya, jika pagi tadi kita bangun dengan rasa lembab, malas, bosan...maka tak mustahil sampai ke petanglah nanti kita tak upaya, tak produktif, mengantuk dan sebagainya. Pakar motivasi pun ada kata begitu.
Memanglah. Kita adalah apa yang kita fikirkan (macam pernah dengar je :P
Di kelas psikologi kesihatan juga kami ditugaskan untuk menjalankan kempen kesihatan. Cuba mengolah kempen yang sedia ada untuk menjadi lebih berkesan, lebih efektif.
Erm, andaikata mantap, boleh juga diajukan pada pihak-pihak yang bertanggungjawab. Kita boleh jadikan orang Malaysia lebih sihat, lebih cemerlang, lebih mengamalkan cara hidup yang sihat.
[Badan sihat, lebih sikit kerja kuat, takdalah asik nak rehat, nanti penyakit pun melarat. Hah, baru terhegeh-hegeh nak cari ubat. Masa tu dah ada penyakit, dah lambat. Jadi, sebelum apa-apa buruk berlaku, kena sentiasa beringat...kan??]
KEMPEN apa yang kami boleh buat, berkesankan dan efektifkan lagi ye?? Ada cadangan??
No comments:
Post a Comment